Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 6 · Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal
47. Tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tertutup tetapi ada kecualian tertentu
Feedback & supportTiada seorang pun boleh memasuki mana-mana hutan tertutup kecuali—
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
seseorang pemegang lesen, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh lesen itu;
seseorang pemegang lesen kecil, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh lesen kecil itu;
seseorang pegawai hutan atau seseorang yang diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, tetapi hanya bagi maksud menjalankan fungsi yang dia dilantik atau diberi kuasa;
seseorang yang memegang permit memasuki hutan simpanan kekal, tetapi hanya bagi tempoh yang disebut di dalam permit itu;
seseorang pemegang permit penggunaan, pekhidmat dan ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit penggunaan itu;
seseorang pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit jalan itu; dan
mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh
Pengarah tetapi hanya bagi maksud yang dibenarkan itu.
Suatu permit masuk hanya boleh dikeluarkan oleh Pengarah atau oleh seorang pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengeluarkannya.
Tiap-tiap permit masuk hendaklah seperti dalam Borang 6.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
*dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
*CATATAN—Sebelum ini “didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”–lihat perenggan 18(b) Akta Perhutanan Negara (Pindaan)
2022 [Akta A1667].
Perhutanan Negara 47
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.