Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 6 · Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal
48. Kuasa untuk menggantung hak masuk
Feedback & supportPengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengeluarkan permit masuk boleh menggantung hak masuk mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 47(a), (aa), (c), (d) dan
(da)
—
(a)
jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat perlanggaran terhadap—
(i)
mana-mana peruntukan Akta ini; atau
(ii)
mana-mana peruntukan sesuatu lesen, lesen kecil, permit penggunaan, permit masuk atau permit jalan;
atau
(b)
jika terdapat suatu kejadian atau keadaan atau kebakaran atau bencana lain yang boleh membahayakan hutan.