Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian II · Pentadbiran
5. Perwakilan kuasa oleh Pengarah
Feedback & support(1)
Pengarah boleh, secara bertulis dan tertakluk kepada syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pewakilan, mewakilkan kepada mana-mana pegawai hutan penjalanan dan pelaksanaan apa-apa kuasa atau kewajipan yang diberikan atau dipertanggungkan ke atas Pengarah itu di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana perwakilan di bawah seksyen ini mengenai apa-apa kuasa atau kewajipan tidak menghalang Pengarah daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu sendiri jika dia mendapati adalah suai manfaat berbuat demikian.