Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian II · Pentadbiran
6. Perwakilan kuasa Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah
Feedback & supportPihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mewakilkan kepada Pengarah penjalanan atau pelaksanaan
(tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana ditetapkan dalam pemberitahuan itu) apa-apa kuasa atau kewajipan yang diberikan atau dipertanggungkan ke atas Pihak Berkuasa Negeri itu di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa—
seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana kuasa Pihak
Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah di bawah
Akta ini; dan
pemberian suatu pemberitahuan di bawah seksyen ini mengenai apa-apa kuasa atau kewajipan tidak menghalang
Pihak Berkuasa Negeri daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu sendiri jika pada hemat Pihak
Berkuasa Negeri adalah suai manfaat berbuat demikian.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 313