Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian VI · Kayu Tidak Dituntut
79. Pelupusan kayu tidak dituntut
Feedback & supportJika tiada apa-apa tuntutan dibuat dalam tempoh yang dinyatakan di bawah seksyen 77, atau jika tuntutan itu telah dibuat dan ditolak, pemunyaan kayu itu hendaklah terletak hak pada Pihak Berkuasa
Negeri dan bebas daripada segala bebanan.
Bayaran yang kena dibuat oleh pihak menuntut sebelum penghantaran kayu
*80. (1) Tiada seorang pun berhak mendapatkan semula milikan mana-mana kayu yang diambil di bawah seksyen 76, sehingga semua perbelanjaan yang ditanggung dalam mengambil, mengangkut, menstor dan melupuskan kayu itu, sebagaimana ditaksirkan oleh
Pengarah, telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Jika seseorang tidak membayar perbelanjaan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian taksiran itu kepadanya, Pengarah boleh mengarahkan supaya kayu itu dijual dan hasil jualan itu hendaklah digunakan untuk membayar perbelanjaan itu, dan apa-apa jumlah wang yang tinggal
(jika ada) hendaklah, melainkan dituntut oleh orang yang tersebut di atas dalam masa empat belas hari dari tarikh jualan itu, dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.