Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian VI · Kayu Tidak Dituntut
77. Notis awam bagi kayu yang diambil di bawah seksyen 76
Feedback & support(1)
Pengarah atau pegawai hutan yang diberi kuasa olehnya di bawah subseksyen 76(2) hendaklah memberi notis awam bagi kayu yang diambil di bawah seksyen 76, dengan menyiarkan suatu notis menyatakan tentang kayu yang diambil itu di papan notis awam
*Pejabat Perhutanan Negeri, Pejabat Hutan Daerah dan Pejabat Tanah
Daerah.
(2)
Notis itu hendaklah menghendaki mana-mana orang yang menuntut kayu itu membuat tuntutannya kepada Pengarah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.