Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian VII · Pelbagai Kesalahan dan Penalti
83. Larangan membuang sampah-sarap
Feedback & supportTiada seorang pun boleh melakukan pembuangan sampah-sarap dalam hutan simpanan kekal.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
*dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seseorang melakukan pembuangan sampah-sarap dalam hutan simpanan kekal jika dia menyebabkan bau busuk yang tidak disenangi atau memburukkan keindahan atau rupa harta atau mengurangkan kebersihan semula jadi atau keselamatan harta dengan sengaja—
membuang atau melonggok apa-apa kotoran, sampah-sarap, sisa, puing atau sampah lain;
mengalirkan, atau menyebabkan atau membenarkan dialir, lumpur lombong, efluen industri, kumbahan atau saliran dari penakung najis, tangki najis, tangki hampas kenderaan rekreasi atau perkhemahan atau sumber cemaran lain; atau
membenarkan apa-apa kotoran, sampah, sarap, puing atau sampah lain dibuang dari kenderaan yang dikendalikannya atau di bawah kawalannya.
Memiliki hasil hutan secara menya1ahi undang-undang