Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian VII · Pelbagai Kesalahan dan Penalti
86. Penalti kerana melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
*CATATAN—Sebelum ini “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun kedua-duanya”–lihat seksyen 35 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
***CATATAN—Sebelum ini “didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun kedua-duanya”–lihat perenggan 36(b) Akta Perhutanan Negara
(Pindaan) 2022 [Akta A1667].
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
dengan disedarinya melancung pada mana-mana pokok atau kayu, atau ada dalam milikannya apa-apa alat bagi pelancungan, apa-apa tanda yang digunakan oleh pegawai hutan;
secara menyalahi undang-undang atau secara fraud melekatkan pada mana-mana pokok atau kayu apa-apa tanda yang digunakan oleh pegawai hutan atau mana-mana tanda harta;
mengubah, mencacat atau memadam mana-mana tanda yang diletakkan pada mana-mana pokok atau kayu oleh atau di bawah kuasa pegawai hutan; atau
mengubah, mengalih, memusnah atau mencacat, apa-apa tanda sempadan hutan simpanan kekal atau mana-mana tanah yang dicadang untuk dimasukkan sebagai hutan simpanan kekal, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan *selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Menghalang kewajipan dan kuasa