Seksyen 7
Penyewa berhak untuk memperbaharui perjanjian
of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap penyewa berhak mengikut pilihannya untuk memperbaharui perjanjian penyewaannya yang hendaklah termasuk musim sebaik selepas musim yang berkaitan dengan perjanjian penyewaan terakhirnya habis tempoh dan jika tuan tanah tidak membenarkan pembaharuan sedemikian, penyewa boleh memohon kepada Jawatankuasa bagi mendapatkan perintah yang menghendaki tuan tanah untuk membenarkan pembaharuan atau untuk menyempurnakan perjanjian penyewaan baharu.
(2)
Pilihan untuk memperbaharui perjanjian penyewaan hendaklah dilaksanakan tidak lewat daripada dua bulan sebelum habis tempoh perjanjian penyewaan oleh penyewa dengan memfailkan suatu notis dengan Pendaftar dalam Borang B Jadual Pertama atau dalam apa-apa bentuk yang menunjukkan niat untuk memperbaharui perjanjian itu.