Skip to content

Seksyen 4

Pendaftaran perjanjian penyewaan

of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967

ActIn forceProvision 4 of 11
Seksyen 4
(1)

Tiap-tiap perjanjian penyewaan hendaklah dalam tiga salinan dan hendaklah didaftarkan oleh tuan tanah dengan Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh perjanjian itu disempurnakan, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang penyewa daripada mendaftarkan perjanjian itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk pendaftaran sesuatu perjanjian penyewaan jika dia berpuas hati bahawa kegagalan menyerahkannya untuk pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1) tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran pada pihak tuan tanah.