Seksyen 6
Perjanjian penyewaan kurang daripada tiga musim dilarang
of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967
ActIn forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)
Tiada tuan tanah boleh membuat suatu perjanjian penyewaan selama tempoh yang kurang daripada tiga musim berturut-turut.
(2)
Tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadap tuan tanah, mana-mana perjanjian selama tempoh yang kurang daripada tiga musim berturut-turut hendaklah disifatkan sebagai suatu perjanjian penyewaan selama tempoh tiga musim berturut-turut dan Akta ini hendaklah terpakai bagi perjanjian itu dan pihak-pihak kepada perjanjian itu.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
9