Seksyen 3
Perjanjian penyewaan hendaklah secara bertulis
of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967
ActIn forceProvision 3 of 11
Seksyen 3
(1)
Tiada seorang pun boleh membuat suatu perjanjian penyewaan melainkan jika perjanjian itu dibuat secara bertulis dan dalam bentuk yang ditetapkan dalam Borang A Jadual Pertama.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 793
(2)
Tandatangan tuan tanah dan penyewa kedua-duanya dalam suatu perjanjian penyewaan hendaklah disaksikan oleh seorang
Penghulu, seorang pegawai awam daripada Bahagian III dalam perkhidmatan awam dan ke atas atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud itu.