Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

20. Section 20

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang dipertanggungkan atau diberikan oleh undang-undang ke atas atau kepada seorang pegawai polis, dan hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan pelaksanaan jawatannya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya dalam Pasukan.

Polis 21

(2)

Jika sesuatu tugas, kuasa atau budi bicara dipertanggungkan atau diberi oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain ke atas atau kepada seorang pegawai polis daripada apa-apa pangkat tertentu atau yang memegang apa-apa jawatan tertentu, pegawai polis itu hendaklah, dalam melaksanakan tugas itu atau menjalankan kuasa atau budi bicara itu, tertakluk kepada perintah dan arahan mana-mana pegawai polis yang dibawahnya dia bertugas secara langsung, dan mana-mana pegawai polis yang kemudian tersebut itu, jika keadaan memerlukan dan didapatinya bermanfaat untuk berbuat demikian, hendaklah sendirinya melaksanakan tugas itu atau menjalankan kuasa atau budi bicara itu.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang tersebut di atas atau mana-mana undang-undang lain adalah menjadi tugas seorang pegawai polis melaksanakan maksud yang tersebut dalam subseksyen 3(3); dan dia boleh mengambil langkah-langkah yang sah dan melakukan perbuatan yang sah yang perlu berkaitan dengannya, termasuk―

(a)

menangkap semua orang yang mana dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk menangkap;

(b)

memproses risikan keselamatan;

(c)

menjalankan pendakwaan;

(d)

memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;

(e)

memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;

(f)

melaksanakan saman, sepina, waran, perintah memenjara dan proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;

(g)

mempamerkan maklumat;

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(h)

melindungi harta yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari pemunyanya;

(i)

menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;

(j)

memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;

(k)

melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;

(l)

menghadiri mahkamah jenayah dan, jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman di dalamnya; dan

(m)

mengiring dan menjaga banduan dan orang lain yang ada dalam jagaan polis.

(4)

Seorang pegawai polis semasa melaksanakan tugas yang tersebut dalam perenggan (3)(m) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai penjara, dan hendaklah mempunyai semua kuasa, perlindungan dan keistimewaan yang ada pada seorang pegawai penjara.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules