Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis
32. Tiada liabiliti terhadap perbuatan yang dilakukan di bawah kuasa waran
Feedback & supportJika pembelaan kepada mana-mana guaman yang dibawa terhadap seorang pegawai polis, pegawai polis tambahan, pegawai polis sukarelawan simpanan atau seorang pegawai polis bantuan adalah bahawa perbuatan yang diadukan telah dilakukan pada menurut suatu waran yang berupa sebagai dikeluarkan oleh sesuatu pihak berkuasa yang kompeten, mahkamah hendaklah, apabila dikemukakan waran yang mengandungi tandatangan pihak berkuasa
Polis 33
itu dan apabila dibuktikan bahawa perbuatan yang diadukan itu telah dilakukan pada menurut waran itu, mencatatkan hukuman memihak kepada pegawai polis, pegawai polis tambahan, pegawai polis sukarelawan simpanan atau pegawai polis bantuan itu.
Tiada apa-apa bukti mengenai tandatangan pihak berkuasa itu dikehendaki melainkan mahkamah ada sebab bagi meragui ketulenannya; dan di mana dibuktikan bahawa tandatangan itu tidak tulen, hukuman hendaklah masih diberi memihak kepada pegawai polis atau pegawai polis tambahan itu jika dibuktikan bahawa, pada waktu perbuatan yang diadukan itu dilakukan, dia percaya atas alasan yang munasabah bahawa tandatangan itu adalah tulen.