Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

23. Estet yang tidak dituntut

Feedback & support
(1)

Apabila seseorang mati dengan meninggalkan dalam

Malaysia harta alih yang oleh sebab tiadanya seseorang yang berhak kepadanya atau tiadanya apa-apa tuntutan ke atas harta itu bagi maksud pentadbiran, diambil oleh pegawai polis ke dalam jagaannya bagi maksud simpanan selamat, Pegawai Memerintah hendaklah segera memberitahu Pegawai Pentadbir Pusaka, Pegawai Probet atau

Pentadbir dalam Negeri di mana harta itu terletak bahawa harta itu adalah dalam jagaannya; dan sementara menunggu arahan Pegawai

Pentadbir Pusaka, Pegawai Probet atau Pentadbir itu, Pegawai

Memerintah hendaklah menyimpan harta itu dengan selamat.

(2)

Berkenaan dengan hal harta dari jenis mudah musnah atau yang mungkin akan merosot nilainya, seorang Pegawai Memerintah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis

Polis 25

boleh memerintahkannya dijual dan keuntungan jualan itu hendaklah diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka, Pegawai Probet atau

Pentadbir.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules