Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

26. Kuasa untuk mendirikan sekatan jalan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain, mana-mana pegawai polis boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi memelihara dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman atau untuk mencegah atau mengesan jenayah, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa sekatan di atas atau melintang mana-mana jalan awam atau lorong atau di mana-mana tempat awam dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai polis boleh mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang daripada melalui atau mana-mana kenderaan daripada merempuh lalu mana-mana sekatan itu.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberi oleh seorang pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

Polis 29

(3)

Tiada seorang pun pegawai polis boleh bertanggungan terhadap apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku ke atas mana-mana orang atau apa-apa harta berbangkit daripada langkah-langkah yang diambil olehnya yang tersebut dalam subseksyen (1).

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules