Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

22. Harta yang tidak dituntut

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai polis untuk menjaga harta alih yang tidak dituntut yang diberikan oleh mana-mana orang kepadanya, atau yang dijumpai olehnya; dan dia hendaklah menyerahkan harta itu kepada pegawai yang menjaga balai polis yang berhampiran sekali, yang mana hendaklah menyebabkan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat di balai polis itu suatu notis menyatakan harta itu dan meminta sesiapa yang mungkin ada apa-apa tuntutan ke atasnya dalam tempoh dua bulan dari tarikh notis itu supaya hadir dan membuktikan tuntutannya.

(2)

Jika harta yang tersebut dahulu adalah daripada jenis mudah musnah, pegawai yang menjaganya boleh menyebabkan harta itu dijual dengan segera dan hendaklah menghantar kepada Pegawai

Penjaga Daerah Polis hasil jualan itu; dan hasil jualan itu hendaklah, selepas ditolak apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung, dibayar kepada orang yang dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) membuktikan tuntutannya ke atasnya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(3)

Mana-mana harta yang tersebut dahulu, yang tidak dituntut dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh dijual atau, secara lain dilupuskan atau dimusnahkan mengikut cara yang diarahkan oleh Pegawai Memerintah; dan keuntungan daripada apa-apa jualan harta itu hendaklah, selepas ditolak apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung dalam jualan itu, dibahagikan secara berikut―

(a)

apa-apa bahagian yang diarahkan oleh

Pegawai

Memerintah boleh dibayar kepada orang yang menjumpai harta itu;

(b)

lima puluh ringgit yang pertama daripada bakinya, jika ada, hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Polis yang ditubuhkan di bawah Bahagian XIII dan selebihnya hendaklah dibayar kepada hasil am Persekutuan.

(4)

Tiada seorang pun pegawai polis atau pegawai polis tambahan boleh membeli mana-mana harta yang dijual di bawah seksyen ini;

dan mana-mana pegawai polis atau pegawai polis tambahan yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan terhadap disiplin.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules