Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

29. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan perintah bagi mengawal lalu lintas

Feedback & support
(1)

Seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh berkenaan dengan suatu Negeri, dengan kelulusan Menteri

Besar atau Ketua Menteri Negeri tersebut, mengikut mana yang berkenaan, membuat kaedah-kaedah bagi―

(a)

menjaga ketenteraman dan mencegah halangan atau kesulitan di jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri dan di tempat awam dan di tempat kunjungan awam (sama ada tempat itu di atas tanah

Kerajaan atau selainnya);

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(b)

melarang digunakan jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri yang tertentu sama ada dengan mutlak atau bersyarat.

(2)

Seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh membuat perintah menetapkan jalan yang dikehendaki dilalui oleh kenderaan bagi maksud menurunkan atau mengambil orang, hingga dan apabila meninggalkan mana-mana tempat mendarat, feri atau tempat perhimpunan atau tempat kunjungan awam, dan tempat di mana dan tertib bagaimana kenderaan itu dikehendaki menunggu bagi maksud yang tersebut dahulu:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah yang menghendaki kenderaan diletakkan di atas tanah kepunyaan pihak persendirian di bawah subseksyen ini boleh dibuat kecuali dengan keizinan pemunya atau penduduk tanah itu.

(3)

Maka bolehlah dikenakan bagi pelanggaran apa-apa kaedah atau perintah yang tersebut dahulu suatu penalti tidak melebihi dua ratus ringgit.

Kuasa untuk membuat perintah bagi mengawal penunjukan bendera, dsb.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules