Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis
31. Kuasa untuk membuat perintah bagi menghendaki orang berada dalam rumah
Feedback & supportSeorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis boleh, jika difikirkannya perlu untuk kepentingan keselamatan
Malaysia atau keselamatan mana-mana bahagiannya atau untuk kepentingan ketenteraman awam, dengan perintah menghendaki, tertakluk kepada syarat atau pengecualian itu yang difikirkannya bermanfaat, tiap-tiap orang dalam kawasan bidang kuasanya yang ditetapkan dalam perintah itu supaya berada dalam rumah di antara waktu yang ditetapkan di dalamnya; dan Pesuruhjaya atau Ketua
Pegawai Polis hendaklah dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut membawa atau menyebabkan dibawa ke pengetahuan semua orang yang mungkin terlibat dengannya akan kandungan perintah itu.
Seseorang yang berada di luar rumah dalam waktu yang dinyatakan dalam perintah itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan orang itu memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu daripada―
Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu;
seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada
Sub-Inspektor yang secara lansung di bawah perintah
Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu; atau
seorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang tersebut dahulu untuk mengeluarkan permit bertulis tersebut.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
Tiada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) terpakai kepada―
Yang di-Pertuan Agong, Raja, Yang Dipertua Negeri;
mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat dalam Malaysia apabila bertugas; atau
mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah itu sebagai orang yang dikecualikan daripada perintah itu.
Tiada apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh berkuat kuasa berterusan lebih daripada dua puluh empat jam dari masa ianya dibuat:
Dengan syarat bahawa Menteri, pada atau sebelum tamat tempoh perintah itu, boleh mengarahkan supaya perintah itu hendaklah berkuat kuasa seterusnya bagi apa-apa tempoh lanjutan tidak lebih daripada empat belas hari sebagaimana dinyatakan olehnya dan, apabila dibuat apa-apa arahan sedemikian, perintah itu hendaklah berkuat kuasa seterusnya bagi tempoh lanjutan itu.
Subseksyen (1) berhubungan dengan memberi notis kandungan perintah yang dibuat di bawah subseksyen tersebut, adalah terpakai bagi arahan Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (4).