Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

33. Pengecualian berkenaan dengan proses sivil

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2)―

(a)

gaji dan elaun seorang pegawai rendah polis atau konstabel tidak boleh diserah hak atau dipindah hak milik atau boleh ditahan, disekuestrasikan atau dilevi bagi, atau mengenai, apa-apa jua hutang atau tuntutan;

(aa)

hutang yang kena dibayar kepada

Lembaga

Pembiayaan

Perumahan

Sektor

Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembiayaan

Perumahan Sektor Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan oleh Lembaga itu;

(b)

tiada seorang pun pegawai rendah polis atau konstabel boleh dipenjarakan di bawah sesuatu perintah oleh mana-mana mahkamah atas sebab tidak membayar apa-apa hutang yang telah ditanggungnya atau mengenainya dia boleh bertanggungan.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi―

(a)

hutang yang kena dibayar kepada mana-mana Kerajaan dalam

Malaysia;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(b)

denda yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang;

(c)

suatu perintah untuk membayar mas kahwin, alimoni atau nafkah yang dibuat bawah mana-mana undang-undang.

(3)

Gaji dan elaun seorang pegawai rendah polis atau konstabel tidak boleh dipindahkan kepada Pegawai Pemegang Harta apabila pegawai polis itu bankrap, juga gaji dan elaun itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada pusakanya bagi maksud mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Malaysia berhubungan dengan kebankrapan.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules