Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis
30. Section 30
Feedback & supportSeorang Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis boleh, dengan perintah, secara amnya atau berkenaan dengan waktu atau tempat tertentu atau dalam hal keadaan tertentu, melarang dalam
Negeri itu―
dikibarkan, dipamerkan atau ditunjukkan apa-apa bendera, panji-panji, lambang atau plakad atau lambang lain;
digunakan apa-apa pembesar suara, amplifier atau apa-apa perkakas lain;
dengan cara yang mungkin membangkitkan kekacauan keamanan;
dan mana-mana pegawai polis boleh membuang apa-apa bendera, panji-panji, lambang, plakad atau lambang lain atau mana-mana pembesar suara, amplifier, atau perkakas lain yang dikibarkan,
Polis 31
dipamerkan, ditunjukkan atau digunakan dengan melanggar perintah tersebut atau dalam hal keadaan yang mungkin membangkitkan kekacauan keamanan.
Seseorang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.