Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VII · Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

25. Kuasa untuk menahan dan memeriksa pesawat udara

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pegawai kanan polis boleh, di mana-mana lapangan terbang atau di mana-mana tempat lain dalam Malaysia, menahan dan tanpa waran memeriksa mana-mana pesawat udara (yang bukannya pesawat udara yang dipunyai oleh, atau digunakan secara eksklusif dalam perkhidmatan, Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri asing); dan mengenai mana-mana pesawat udara tersebut yang sedang bergerak di mana-mana lapangan terbang atau di mana-mana tempat lain dalam, atau sedang dalam penerbangan di angkasa, Malaysia, seorang pegawai kanan polis boleh, tertakluk seperti tersebut dahulu, memerintah pesawat udara itu berhenti atau mendarat di mana-mana lapangan terbang atau di mana-mana tempat lain yang dinyatakan olehnya.

(2)

Kuasa yang diberi kepada pegawai kanan polis di bawah subseksyen (1) tidak boleh dijalankan olehnya kecuali―

(a)

di mana dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pesawat udara yang tersebut dalam subseksyen itu sedang atau telah digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan yang boleh ditangkap; atau

(b)

bagi maksud menangkap seseorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan yang boleh ditangkap.

(3)

Apa-apa perintah supaya berhenti atau mendarat yang diberi di bawah subseksyen (1) hendaklah dipancarkan ke pesawat udara oleh pegawai yang sedang menjaga kawalan trafik udara; tetapi tiada sesuatu pesawat udara boleh diperintah mendarat di mana-mana lapangan terbang atau di mana-mana tempat lain yang, pada pendapat pegawai yang sedang menjaga kawalan trafik udara, tidak selamat untuk digunakan oleh pesawat udara itu.

(4)

Seksyen 24 berhubungan dengan menggerakkan, menahan dan melepaskan mana-mana kenderaan dan vesel yang ditahan di bawah seksyen itu adalah terpakai bagi sesuatu pesawat udara yang ditahan di bawah seksyen ini seolah-olah rujukan di dalamnya―

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(a)

kepada mana-mana pegawai polis hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada seorang pegawai kanan polis;

(b)

kepada ibu pejabat Daerah Polis yang berhampiran sekali atau kepada mana-mana Pegawai Penjaga Daerah Polis itu hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada lapangan terbang yang berhampiran sekali dan kepada Pegawai

Penjaga Daerah Polis di mana lapangan terbang itu terletak.

(5)

Seseorang yang tidak, tanpa sebab yang munasabah, mematuhi sesuatu perintah yang diberi di bawah subseksyen (1)

adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules