Skip to content

Seksyen 61

Keputusan Tribunal adalah muktamad

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 61 of 112
Seksyen 61
(1)

Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkan oleh Tribunal di bawah subseksyen 52(3) dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal di bawah seksyen 57—

(a)

adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan

(b)

hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dikuatkuasakan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), dalam hal jika award yang dibuat oleh Tribunal tidak dipatuhi, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah menghantar suatu salinan award yang dibuat oleh

Tribunal kepada Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang dimaksudkan oleh award itu atau di tempat award itu dibuat dan Mahkamah hendaklah menyebabkan salinan itu direkodkan.