Seksyen 60
Perintah dan penyelesaian hendaklah direkodkan secara bertulis
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
ActIn forceProvision 60 of 112
Seksyen 60
Tribunal hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu rekod bertulis tentang terma—
(a)
tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang dicapai oleh pihak-pihak di bawah subseksyen 52(3); dan
(b)
tiap-tiap award yang dibuatnya di bawah seksyen 57.