Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IX · Peruntukan Penguatkuasaan
80. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa untuk memberikan maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau barang lain yang berhubungan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang orang itu berkuasa untuk memberikannya hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat itu atau mengemukakan dokumen atau barang lain itu.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 69