Skip to content

Seksyen 84

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita kenderaan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 84 of 112
Seksyen 84
(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan membawa apa-apa benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan dan apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—

(a)

memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksanya; dan

(b)

membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa.

72

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.