Skip to content

Seksyen 85

Senarai benda yang disita

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 85 of 112
Seksyen 85
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2), jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada—

(a)

jika premis telah digeledah di bawah seksyen 81 atau 82, penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan

(b)

jika kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu disita di bawah seksyen 84, orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.