Skip to content

Seksyen 82

Menggeledah dan menyita tanpa waran

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 82 of 112
Seksyen 82

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 81 penyiasatan akan terjejas teruk atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 81 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 71