Skip to content

Seksyen 87

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 87 of 112
Seksyen 87
(1)

Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).