Seksyen 91
Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Ketua Pengarah sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.