Skip to content

Seksyen 83

Capaian kepada data berkomputer

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 83 of 112
Seksyen 83
(1)

Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi capaiannya untuk membolehkan data berkomputer difahami.