Skip to content

Seksyen 86

Pemulangan sementara harta, dsb., yang disita

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 86 of 112
Seksyen 86

Jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, memulangkan buat sementara benda itu kepada pemunya atau orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya benda itu disita—

(a)

tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah; dan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 73

(b)

tertakluk, dalam apa-apa hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.