Skip to content

Seksyen 99

Kebertanggungan pemindah hakmilik

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 99 of 112
Seksyen 99
(1)

Tiap-tiap orang yang menjual atau memindahkan hakmilik mana-mana harta yang berkenaan dengannya kos dan belanja telah dilakukan oleh Ketua Pengarah atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada atau semasa melaksanakan apa-apa kerja yang, di bawah Akta ini, boleh didapatkan daripada pemilik harta itu hendaklah terus bertanggungan bagi pembayaran segala kos dan belanja yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan bagi pelaksanaan segala obligasi lain yang dikenakan oleh

Akta ini ke atas pemilik harta itu yang menjadi kena dibayar atau yang hendaklah dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum pemindahan hakmilik itu berkuat kuasa.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kebertanggungan pembeli atau penerima pindahan hakmilik itu untuk membayar kos dan belanja berkenaan dengan harta yang disebut dalam subseksyen (1) atau menyentuh hak Ketua Pengarah atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mendapatkan kos dan belanja itu daripada, atau untuk menguatkuasakan mana-mana obligasi di bawah Akta ini terhadap, pembeli atau penerima pindahan hakmilik itu.

Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dipasang atau dibina tanpa kebenaran sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini