Skip to content

Seksyen 92

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 92 of 112
Seksyen 92

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Halangan