Seksyen 94
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Ketua Pengarah atau Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu kepada Ketua Pengarah atau Perbadanan dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh pelanjutan yang boleh diberikan oleh Ketua Pengarah atau Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(3)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.
80
Undang-Undang Malaysia
Akta 672