Seksyen 97
Penyampaian dokumen
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Penyampaian sesuatu dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—
(a)
dengan menghantarserahkan dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantarserahkan dokumen itu kepada seseorang anggota keluarganya yang dewasa di tempat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 81
(b)
dengan meninggalkan dokumen itu di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
(c)
dengan menghantar dokumen itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhir diketahui.
(2)
Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis—
(a)
hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan perihalan “pemunya” atau
“penghuni” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut; dan
(b)
boleh disampaikan—
(i)
dengan menghantarserahkan dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu; atau
(ii)
jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu boleh dengan usaha yang munasabah dihantarserahkan, melalui pengiklanan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar tempatan.