Skip to content
ActIn force

Akta Keselamatan dalam Talian 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
82
Languages
MS · EN

Akta Keselamatan dalam Talian 2025 is Malaysia Act, cited as Act 866 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 866

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 866

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

6 Mei 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

22 Mei 2025

Hakcipta Pencetak H

Keselamatan dalam Talian 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 866

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meningkatkan dan mengalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan dalam

Talian 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 866

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 866

Pemakaian

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Akta ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

apa-apa perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan akses internet yang membolehkan komunikasi dibuat antara pengguna-pengguna;

(b)

apa-apa perkhidmatan aplikasi kandungan yang menggunakan perkhidmatan akses internet untuk menyediakan kandungan; dan

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi ciri-ciri pesanan peribadi apa-apa perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “ciri-ciri pesanan peribadi”

ertinya ciri-ciri yang membenarkan seseorang pengguna untuk menyampaikan suatu kandungan kepada sebilangan penerima yang khusus dan terhad yang ditentukan oleh pengguna itu dan boleh mengandungi apa-apa sifat yang lain sebagaimana yang ditetapkan.

Pemakaian wilayah dan luar wilayah

(1)

Akta ini hendaklah terpakai di dalam dan di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia jika orang itu memberikan apa-apa perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau perkhidmatan rangkaian di suatu tempat di dalam Malaysia dan merupakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

[Akta 588].

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “tempat” ertinya suatu titik daripada apa-apa jenis atau perihalan sama ada di darat, di atmosfera, di angkasa lepas, di bawah tanah, di bawah air, di laut atau di mana-mana jua.

Keselamatan dalam Talian 11

(4)

Bagi maksud seksyen ini, suatu tempat yang berada—

(b)

di atas had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya, dianggap sebagai suatu tempat di dalam had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“data komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

“kandungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“kandungan memudaratkan” ertinya mana-mana kandungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“kandungan memudaratkan prioriti” ertinya kandungan memudaratkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“kod” ertinya kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 80;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 866

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis, atau mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 52;

“pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan aplikasi yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen” ertinya pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan di bawah

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“pengguna” ertinya—

(a)

seorang pengguna perkhidmatan aplikasi yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen;

atau

(b)

seorang pengguna perkhidmatan aplikasi kandungan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen;

“perkhidmatan aplikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“perkhidmatan aplikasi kandungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“perkhidmatan rangkaian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“sistem komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589].

Keselamatan dalam Talian 13

Bahagian II

JAWATANKUASA KESELAMATAN DALAM TALIAN

Penubuhan Jawatankuasa

(1)

Suatu jawatankuasa dengan nama “Jawatankuasa

Keselamatan dalam Talian” ditubuhkan.

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;

(c)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

(d)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital;

(e)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan;

(f)

seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;

(h)

seorang wakil daripada Majlis Keselamatan Negara;

(i)

Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak atau wakilnya dalam kalangan Pesuruhjaya Kanak-Kanak;

(j)

seorang wakil setiap satu daripada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dan pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 866

(k)

seorang wakil dalam kalangan orang kurang upaya; dan

(l)

tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan atau kepakaran yang bersesuaian dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dalam talian.

(3)

A n g g o t a J a w a t a n k u a s a y a n g d i s e b u t d a l a m perenggan (2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah dilantik oleh Menteri.

(4)

Anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.

(5)

Bagi maksud perenggan (2)(i), “Ketua Pesuruhjaya

Kanak-Kanak” dan “Pesuruhjaya Kanak-Kanak” ertinya Ketua

Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang ditetapkan di bawah seksyen 6a Akta Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia 1999 [Akta 597].

(6)

Bagi maksud Bahagian ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang.

Elaun bagi anggota Jawatankuasa

Anggota Jawatankuasa hendaklah dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri

Kewangan.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

Jawatankuasa

(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) tanpa memberikan apa-apa sebab.

Keselamatan dalam Talian 15

(2)

Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

Pengosongan jawatan anggota Jawatankuasa

Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah menjadi kosong—

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Jawatankuasa;

(e)

jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Menteri secara bertulis;

(g)

dalam hal seseorang anggota Jawatankuasa selain

Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Pengerusi secara bertulis;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 866

(h)

jika pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri; atau

(i)

jika peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

(1)

Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai

Pengerusi selama tempoh apabila—

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

(c)

Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.

(2)

Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Fungsi Jawatankuasa

(1)

Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi untuk menasihati dan memberikan syor kepada Suruhanjaya mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan dalam talian termasuk—

(c)

kaedah untuk menganalisis dan langkah-langkah untuk mengurangkan, risiko pengguna didedahkan kepada kandungan memudaratkan;

(d)

pendekatan kajian berkaitan dengan kandungan memudaratkan; dan

(e)

amalan terbaik untuk mengalakkan kebertanggungjawaban pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dan pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen.

Keselamatan dalam Talian 17

(2)

Jawatankuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Mesyuarat Jawatankuasa

(1)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya seberapa kerap sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Jawatankuasa.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa, dia boleh mengarahkan Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.

(4)

Kuorum Jawatankuasa ialah tujuh dan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(j) dan seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(l).

(5)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Jawatankuasa.

(6)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Jawatankuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa untuk memberikan pendapat kepada Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 866

Bahagian III

KEWAJIPAN PEMBERI PERKHIDMATAN APLIKASI BERLESEN

DAN PEMBERI PERKHIDMATAN APLIKASI KANDUNGAN

BERLESEN

Kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam kod untuk mengurangkan risiko pengguna didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh melaksanakan apa-apa langkah alternatif selain langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu membuktikan sehingga memuaskan

Suruhanjaya bahawa langkah-langkah alternatif itu akan mengurangkan dengan lebih baik risiko pengguna didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

(3)

Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah seksyen ini tidak boleh mengehadkan suara pengguna secara tidak munasabah atau tidak berkadaran.

Kewajipan untuk mengeluarkan garis panduan kepada pengguna

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah mengeluarkan garis panduan kepada pengguna yang hendaklah termasuk—

(a)

perihalan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu di bawah seksyen 13; dan

Keselamatan dalam Talian 19

(b)

syarat-syarat penggunaan sebagai panduan kepada pengguna apabila menggunakan perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

(2)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan garis panduan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tersedia dalam perkhidmatannya dan memastikan bahawa garis panduan itu adalah jelas, boleh diakses dan difahami dengan mudah, dan selalu dikemas kini.

Kewajipan untuk membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam talian

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan perkakasan dan pengesetan yang mencukupi tersedia dalam perkhidmatannya untuk membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam taliannya.

(2)

Perkakasan dan pengesetan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah termasuk perkakasan bagi pengguna itu menghalang atau mengehadkan pengguna lain daripada mengenal pasti, mencari atau berkomunikasi dengannya dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

Kewajipan untuk menjadikan mekanisme bagi pelaporan kandungan memudaratkan tersedia

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan suatu mekanisme yang membolehkan pengguna membuat laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu tersedia dalam perkhidmatannya berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayai oleh pengguna itu ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 866

Kewajipan untuk menjadikan mekanisme bagi bantuan pengguna tersedia

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan suatu mekanisme bagi bantuan pengguna tersedia dalam perkhidmatannya yang boleh diakses dengan mudah oleh semua jenis pengguna dan responsif pada setiap masa.

(2)

Mekanisme bagi bantuan pengguna yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, antara lain, bagi maksud yang berikut:

(a)

bagi pengguna membangkitkan kebimbangannya berkenaan dengan keselamatan dalam talian, termasuk langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 13;

(b)

bagi pengguna memperoleh apa-apa maklumat lain mengenai mekanisme berkenaan dengan keselamatan dalam talian yang tersedia dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan; dan

Kewajipan untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam kod untuk memastikan penggunaan selamat perkhidmatannya oleh pengguna kanak-kanak.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh melaksanakan apa-apa langkah alternatif selain langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi

Keselamatan dalam Talian 21

kandungan berlesen itu membuktikan sehingga memuaskan

Suruhanjaya bahawa langkah-langkah alternatif itu akan memastikan dengan lebih baik penggunaan yang selamat perkhidmatannya oleh pengguna kanak-kanak.

(3)

Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah seksyen ini hendaklah termasuk langkah-langkah untuk memastikan reka bentuk dan pengendalian yang selamat bagi perkhidmatan yang, pada pendapat pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, berkemungkinan akan diakses oleh pengguna kanak-kanak—

(a)

untuk menghalang akses seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak kepada kandungan yang disyaki sebagai kandungan memudaratkan;

(b)

untuk mengehadkan keupayaan seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang dewasa daripada berkomunikasi dengan pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak;

(c)

untuk mengehadkan ciri-ciri yang meningkatkan, mengekalkan atau melanjutkan penggunaan perkhidmatannya oleh seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak;

(d)

untuk menghalang seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang dewasa daripada melihat maklumat peribadi pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak yang terdapat dalam perkhidmatannya; dan

(e)

untuk mengawal sistem saranan peribadi yang sesuai bagi pengguna kanak-kanak.

Kewajipan untuk mengadakan mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah mengadakan suatu mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti yang terdapat dalam perkhidmatannya tidak dapat diakses oleh semua pengguna.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 866

Kewajipan untuk menyediakan Pelan Keselamatan dalam Talian

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menyediakan suatu Pelan Keselamatan dalam Talian mengenai pematuhannya terhadap kewajipan di bawah Bahagian ini.

(2)

Pelan Keselamatan dalam Talian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dalam tempoh dan bentuk dan mengandungi maklumat, sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan

Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan di bawah subseksyen (1) tersedia dalam perkhidmatannya dan memastikan bahawa Pelan Keselamatan dalam Talian itu boleh diakses dengan mudah dan selalu dikemas kini.

(4)

Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan dan dijadikan tersedia di bawah seksyen ini tidak boleh mengandungi apa-apa maklumat peribadi mana-mana pengguna.

(5)

Sesalinan Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada

Suruhanjaya.

Bahagian IV

PELAPORAN KANDUNGAN MEMUDARATKAN

Laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen

(1)

Seseorang pengguna boleh membuat laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayainya ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

Keselamatan dalam Talian 23

(2)

Apabila menerima laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan—

(b)

memberitahu secara bertulis status laporan itu kepada pengguna yang membuat laporan itu; dan

(3)

Apabila menilai laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah menolak laporan itu jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu—

(a)

berpendapat bahawa laporan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati atau hal perkara laporan itu adalah kecil; atau

(b)

menentukan bahawa hal perkara laporan itu menjadi atau telah menjadi hal perkara suatu laporan lain yang dibuat kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

(4)

Jika laporan itu ditolak di bawah subseksyen (3), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penolakan itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan penolakan laporan di bawah subseksyen (3) boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai penolakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan memberikan sebab mengapa laporannya tidak patut ditolak oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 866

(6)

Apabila menerima pertanyaan bersama-sama sebab daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan memutuskan sama ada penolakan itu patut dikekalkan atau tindakan lanjut patut diambil di bawah seksyen 22 atau 23.

(7)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen mengenai kandungan memudaratkan prioriti

(1)

Jika laporan yang dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen 21(1) tidak ditolak di bawah subseksyen 21(3) atau (6)

dan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen berpendapat bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan itu ialah kandungan memudaratkan prioriti, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya kepada semua pengguna bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Sebelum tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) habis, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah menentukan atas alasan yang munasabah jika kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1) ialah kandungan memudaratkan prioriti.

(3)

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menentukan di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1)—

(a)

ialah kandungan memudaratkan prioriti, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh

Keselamatan dalam Talian 25

sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan memudaratkan prioriti itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna;

atau

(b)

bukanlah kandungan memudaratkan prioriti, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan itu dapat diakses semula dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna.

(4)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu dan pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(6)

Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.

(7)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 866

Laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen mengenai kandungan memudaratkan

(1)

Jika laporan yang dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen 21(1) tidak ditolak di bawah subseksyen 21(3) atau (6)

dan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen berpendapat bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan itu ialah kandungan memudaratkan, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna dalam dan bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya bagi tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, sebelum habis tempoh itu, menentukan atas alasan yang munasabah jika kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses itu ialah kandungan memudaratkan.

(3)

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menentukan di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1)—

(a)

ialah kandungan memudaratkan, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna; atau

(b)

bukanlah kandungan memudaratkan, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan itu dapat diakses semula dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna.

Keselamatan dalam Talian 27

(4)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu dan pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(6)

Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.

(7)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(8)

Jika sampai kepada pengetahuan Suruhanjaya bahawa pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu tidak menjadikan kandungan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya kepada semua pengguna, walaupun penentuan telah dibuat oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan itu ialah kandungan memudaratkan, Suruhanjaya boleh, demi kepentingan awam, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 866

(9)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang tidak mematuhi suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Laporan kepada Suruhanjaya

(1)

Seseorang pengguna boleh membuat laporan kepada

Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya—

(a)

berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayainya ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen tidak kira sama ada suatu laporan telah dibuat olehnya di bawah seksyen 21 kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu berkenaan dengan kandungan yang sama; atau

(b)

berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayainya ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam talian selain dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen.

(2)

Apabila menerima laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan—

(b)

memberitahu secara bertulis status laporan itu kepada pengguna yang membuat laporan itu; dan

(3)

Apabila menilai laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menolak laporan itu jika

Suruhanjaya—

(a)

berpendapat bahawa laporan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati atau hal perkara laporan itu adalah kecil; atau

(b)

menentukan bahawa hal perkara laporan itu menjadi atau telah menjadi hal perkara suatu laporan lain yang dibuat kepada Suruhanjaya.

(4)

Jika laporan itu ditolak di bawah subseksyen (3),

Suruhanjaya hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penolakan itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan penolakan laporan di bawah subseksyen (3) boleh, melalui permintaan kepada Suruhanjaya, membuat pertanyaan mengenai penolakan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan memberikan sebab mengapa laporannya tidak patut ditolak oleh Suruhanjaya.

(6)

Apabila menerima pertanyaan bersama-sama sebab daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), Suruhanjaya boleh mengkaji semula keputusannya yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan memutuskan sama ada penolakan itu patut dikekalkan atau tindakan lanjut patut diambil di bawah seksyen 25.

(7)

Apa-apa keputusan Suruhanjaya yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Laporan kepada Suruhanjaya mengenai kandungan memudaratkan

(1)

Jika laporan yang dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen 24(1) tidak ditolak di bawah subseksyen 24(3) atau (6)

dan Suruhanjaya menentukan atas alasan yang munasabah bahawa

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 866

kandungan yang menjadi hal perkara laporan itu ialah kandungan memudaratkan termasuk kandungan memudaratkan prioriti,

Suruhanjaya hendaklah—

(a)

jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu; atau

(b)

jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam talian selain dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang berkaitan yang menghendaki pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu menyekat bahagian yang berkaitan perkhidmatan rangkaiannya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu supaya menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal oleh semua pengguna.

(2)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen menurut suruhan bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu secara bertulis kepada Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah memberitahu yang sama secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu.

(3)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang kepadanya suruhan bertulis dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang telah menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatannya mengenai tindakan yang telah diambil olehnya menurut suruhan bertulis itu.

Keselamatan dalam Talian 31

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang tidak mematuhi suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Jika Suruhanjaya menentukan atas alasan munasabah bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan yang dibuat di bawah subseksyen 24(1) bukanlah kandungan memudaratkan,

Suruhanjaya hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penentuannya itu.

Tindakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atas usulnya sendiri

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh, tidak kira sama ada suatu laporan telah dibuat oleh pengguna di bawah seksyen 21

atau 24, atas usulnya sendiri menjadikan apa-apa kandungan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukannya jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kandungan itu ialah kandungan memudaratkan prioriti.

(2)

Jika suatu kandungan telah dijadikan tidak dapat diakses di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatannya mengenai tindakan itu.

(3)

Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah subseksyen (1) boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 866

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (3), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.

(5)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (4) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Suruhanjaya boleh mengeluarkan suruhan bertulis untuk menjadikan kandungan dapat diakses

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika sampai kepada pengetahuan Suruhanjaya bahawa pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen telah menjadikan apa-apa kandungan dalam perkhidmatannya tidak dapat diakses, Suruhanjaya boleh, demi kepentingan awam, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan itu dapat diakses semula dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu.

Ketidakselarasan antara tindakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dengan suruhan bertulis atau penentuan Suruhanjaya

Jika seseorang pengguna membuat laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 21 dan pada masa yang sama membuat laporan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 24

Keselamatan dalam Talian 33

berkenaan dengan kandungan yang sama yang pengguna itu percaya ialah kandungan memudaratkan, dan terdapat ketidakselarasan antara tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 22 atau 23 dengan suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 25(1) atau seksyen 27 atau penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 25(5) berkenaan dengan laporan itu, suruhan bertulis yang dikeluarkan atau penentuan yang dibuat oleh

Suruhanjaya hendaklah terpakai.

Pemberitahuan kepada pengguna mengenai laporan kepada agensi penguatkuasaan

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen membuat laporan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan berhubung dengan kandungan yang menjadi hal perkara suatu laporan yang dibuat oleh seseorang pengguna kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 21, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen tidak boleh menzahirkan kepada pengguna yang membuat laporan itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan laporan yang dibuat kepada agensi penguatkuasaan itu.

Bahagian V

(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen berkenaan dengan pematuhan mana-mana peruntukan Akta ini oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu.

(2)

Sebelum mengeluarkan arahan di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 866

perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3)

Apabila menerima notis secara bertulis di bawah subseksyen (2), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu boleh membuat hujahan berkenaan dengan pematuhan yang dikehendaki, secara lisan atau bertulis, dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa hujahan yang dibuat oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu sebelum mengeluarkan arahan di bawah subseksyen (1).

(5)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

(6)

Arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan dari tarikh arahan itu dikeluarkan dan hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran atau suatu tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu.

(7)

Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan.

(8)

Suruhanjaya boleh mengubah suai, mengubah atau membatalkan arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan tatacara yang dinyatakan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan arahan itu.

(9)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan

Keselamatan dalam Talian 35

suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Daftar arahan

(1)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30 kedua-dua dalam bentuk fizikal dan dalam media elektronik.

(2)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan—

(b)

membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar arahan itu.

(3)

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen meminta supaya suatu salinan atau cabutan daripada daftar arahan itu diberikan dalam media elektronik,

Suruhanjaya boleh memberikan salinan atau cabutan itu—

Kuasa untuk mengumpul maklumat

(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—

(a)

mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa

Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 866

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini,

Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan orang itu—

(A)

supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(B)

supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Suruhanjaya;

(C)

supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(D)

jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(E)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen,

Keselamatan dalam Talian 37

sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; atau

(F)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu boleh dijumpai.

(3)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1), hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak mengetahui mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 866

(4)

Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau butir-butir atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada notis secara bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(5)

Subseksyen (4) tidaklah menghalang, mencegah atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau bagi penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis secara bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Suruhanjaya menurut seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(8)

Mana-mana orang yang dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dia diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan menurut notis secara bertulis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Bukti pematuhan

(1)

Suruhanjaya boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan atau memberikan segala keterangan dan maklumat sebagaimana yang dipunyai oleh orang itu

Keselamatan dalam Talian 39

yang berhubungan dengan pematuhannya dengan mana-mana peruntukan Akta ini kepada Suruhanjaya dan orang itu hendaklah mematuhi arahan Suruhanjaya itu.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah menjejaskan mana-mana kuasa lain yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini.

Suruhanjaya boleh menyimpan dokumen

(1)

Suruhanjaya boleh mengambil, dan menyimpan selama tempoh yang perlu, milikan sesuatu dokumen yang dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini.

(2)

Orang yang sepatutnya berhak kepada milikan dokumen itu berhak dibekali, secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan yang benar.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, salinan dokumen yang diperakui yang disebut dalam subseksyen (2)

hendaklah diterima sebagai keterangan oleh semua mahkamah dan tribunal seolah-olah salinan itu merupakan yang asal.

(4)

Sehingga suatu salinan yang diperakui dibekalkan,

Suruhanjaya hendaklah, pada masa dan di tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang sepatutnya berhak kepada milikan dokumen itu, atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, dokumen itu.

Kuasa Suruhanjaya hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 866

Bahagian VI

AKU JANJI DAN NOTIS KETIDAKPATUHAN

Aku janji oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen

(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh, sebelum suatu notis ketidakpatuhan dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 37, memberikan suatu aku janji kepada Suruhanjaya berkenaan dengan pematuhan mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang memberikan aku janji di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi aku janji itu.

Notis ketidakpatuhan

(1)

Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen telah tidak mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III,

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis ketidakpatuhan secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Notis ketidakpatuhan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(b)

amaun penalti kewangan yang perlu dibayar berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; dan

(c)

apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Keselamatan dalam Talian 41

(3)

Apabila menerima notis ketidakpatuhan di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen—

(a)

hendaklah membayar amaun penalti kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis ketidakpatuhan itu dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; atau

(b)

boleh memohon kepada Suruhanjaya bagi suatu kajian semula melalui representasi berkenaan dengan notis ketidakpatuhan itu dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu tidak berhasrat untuk membayar amaun penalti kewangan yang dinyatakan dalam notis ketidakpatuhan itu.

Kajian semula oleh Suruhanjaya

(1)

Apabila menerima permohonan bagi suatu kajian semula melalui representasi terhadap notis ketidakpatuhan yang dikeluarkan di bawah seksyen 37, Suruhanjaya hendaklah mengkaji semula notis ketidakpatuhan itu dan boleh—

(a)

menolak permohonan bagi kajian semula notis ketidakpatuhan itu;

(c)

mengubah amaun penalti yang perlu dibayar berkenaan dengan ketidakpatuhan itu dan menyatakan tempoh yang penalti kewangan yang diubah itu perlu dibayar; atau

(d)

mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.

(2)

Apa-apa keputusan kajian semula yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang memohon bagi kajian semula itu.

(3)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang memohon bagi kajian semula itu hendaklah mematuhi keputusan kajian semula yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 866

Penalti kewangan bagi ketidakpatuhan kewajipan

(1)

Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan terhadap pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen bagi apa-apa ketidakpatuhan mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III.

(2)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang tidak mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III adalah bertanggungan untuk membayar kepada Suruhanjaya suatu penalti kewangan yang amaunnya tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

(3)

Apa-apa penalti kewangan yang genap masa dan kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.

Bahagian VII

TRIBUNAL RAYUAN KESELAMATAN DALAM TALIAN

Penubuhan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Suatu Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah ditubuhkan bagi maksud mengkaji semula—

(a)

apa-apa suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen 23(8) atau 25(1) atau seksyen 27;

(b)

apa-apa penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 25(5);

(c)

apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30; dan

(d)

apa-apa keputusan kajian semula notis ketidakpatuhan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 38.

(2)

Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, melantik anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian seperti yang berikut:

(a)

Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan

Hakim Mahkamah Tinggi; dan

Keselamatan dalam Talian 43

(b)

sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan genap anggota yang lebih banyak dalam kalangan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang komunikasi dan multimedia, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi atau perdagangan atau pentadbiran awam atau dalam apa-apa bidang lain yang disifatkan patut oleh Menteri.

(3)

Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya.

Rayuan kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a)

apa-apa suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen 23(8) atau 25(1) atau seksyen 27;

(b)

apa-apa penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 25(5);

(c)

apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30; atau

(d)

apa-apa keputusan kajian semula notis ketidakpatuhan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 38, boleh merayu terhadap suruhan bertulis, penentuan, arahan atau keputusan itu kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian boleh, selepas mengkaji semula perkara yang disebut dalam perenggan (1)(a)

hingga (d), mengesahkan atau mengetepikan suruhan bertulis, penentuan, arahan atau keputusan yang dirayukan itu.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 866

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota Tribunal

Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian jika—

(b)

dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;

(d)

dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;

(e)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang, oleh mahkamah di Malaysia;

(f)

dia bersalah atas salah laku yang berat berhubung dengan tugasnya;

(g)

dia tidak menjalankan obligasinya di bawah seksyen 50;

atau

(h)

prestasinya adalah tidak memuaskan bagi suatu tempoh masa yang ketara.

(2)

Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

Kekosongan jawatan anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Jawatan seseorang anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia meninggal dunia;

Keselamatan dalam Talian 45

(b)

jika dia meletakkan jawatan atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau

(2)

Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 40

untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain itu.

(3)

Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 40

untuk bertindak sebagai Pengerusi atau mana-mana anggota lain selama tempoh apabila—

(a)

jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain kosong;

(b)

Pengerusi atau mana-mana anggota lain tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

(c)

Pengerusi atau mana-mana anggota lain, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.

(4)

Penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian tidak terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian itu.

Elaun bagi anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Kuorum Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Kuorum Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah terdiri daripada—

(b)

sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan genap anggota yang lebih banyak yang tidak melebihi empat.

Keputusan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(2)

Keputusan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian adalah muktamad dan mengikat dan tidak boleh dirayu selanjutnya.

Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Apa-apa keputusan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi.

Kuasa Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk memanggil pihak-pihak ke prosidingnya atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;

(b)

untuk mendapatkan dan menerima keterangan dengan sumpah atau ikrar, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang itu sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;

(c)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, kertas, dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya dan yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian bagi maksud rayuan itu;

Keselamatan dalam Talian 47

(d)

untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(e)

apabila seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;

(f)

untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara bertulis atau lisan, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;

(g)

untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuk kuasa untuk membuat penangguhan bagi mempertimbangkan keputusannya; dan

(h)

untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.

(2)

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah mempunyai kuasa sebagai mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi, pendengaran keterangan dengan sumpah atau ikrar dan penjatuhan hukuman bagi penghinaan.

Penggantungan anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian

Menteri boleh menggantung keanggotaan mana-mana anggota

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian atas alasan perangai buruk atau ketidakupayaan.

Penzahiran kepentingan

(1)

Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah menzahirkan, secepat yang dapat dilaksanakan, apa-apa kepentingan kepada Pengerusi, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipan anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, dalam sesuatu perkara tertentu.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 866

(2)

Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipan anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu tentang percanggahan itu.

(3)

Jika tiada mana-mana pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian berhubung dengan perkara itu.

(4)

Jika suatu pihak kepada perkara itu membantah akan percanggahan itu, anggota itu tidak boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian berhubung dengan perkara itu.

(5)

Mana-mana anggota yang tidak menzahirkan kepentingannya dalam perkara tertentu hendaklah tertakluk kepada tindakan tatatertib di bawah seksyen 42 atau 49.

Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1)

Menteri hendaklah menetapkan seorang pegawai awam sebagai Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian bagi membantu Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha kepada Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1).

(3)

Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2)

hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai pegawai

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian.

Keselamatan dalam Talian 49

Bahagian VIII

PENGUATKUASAAN

Pemberikuasaan pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya

(1)

Menteri boleh secara bertulis memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)

hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

(3)

Hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang ditandatangani oleh Menteri.

(4)

Bilamana pegawai diberi kuasa itu menjalankan kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).

Kuasa untuk menyiasat

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan mengenai apa-apa ketidakpatuhan atau perlakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

(2)

Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, atau bahawa apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan suatu kesalahan boleh dijumpai

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 866

di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu secara paksa, dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—

(a)

mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau

(b)

apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan lain yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan bagi jenayah itu, dan setakat yang penggeledahan itu adalah bagi penyiasatan suatu kesalahan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5)

Bilamana perlu untuk memeriksa seorang wanita, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang wanita lain dengan penuh kesopanan.

Keselamatan dalam Talian 51

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam premis atau bekas tempat ia dijumpai.

(7)

Seorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau mengalihkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(8)

Jika suatu penggeledahan di bawah seksyen ini menunjukkan bahawa terdapat apa-apa kelengkapan yang menyebabkan gangguan, radas radio atau kelengkapan yang peka radio, pegawai diberi kuasa itu boleh mengarahkan supaya langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan persekitaran yang bebas gangguan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Jika seseorang pegawai diberi kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 54 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran penggeledahan di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 54 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 866

Waran boleh diterima walaupun cacat

Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Akses kepada data berkomputer

(1)

Mana-mana pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami.

Senarai benda yang disita

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan disita menurut Akta ini, pegawai diberi kuasa yang menyita—

(i)

suatu senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

Keselamatan dalam Talian 53

(b)

hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyampaikan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dan notis secara bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2)

Notis secara bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa hendaklah menampal suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelepasan benda yang disita

(1)

Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan telah disita di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita kepada orang sebagaimana yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu jika dia berpuas hati bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 866

prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang membuat pelepasan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari daripada pelepasan itu.

Pemeliharaan data komunikasi

(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa—

(a)

data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan; dan

(b)

terdapat risiko bahawa data komunikasi itu mungkin dimusnahkan atau menjadi tidak dapat diakses, pegawai diberi kuasa boleh, dengan notis secara bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi, menghendaki orang itu memastikan data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu dipelihara bagi tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis secara bertulis itu.

(2)

Orang yang kepadanya diberikan notis secara bertulis di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah memelihara data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu bagi tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(b)

tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah.

Keselamatan dalam Talian 55

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Penzahiran data komunikasi yang disimpan

(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa mana-mana data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan tentang suatu kesalahan di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa itu boleh, melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi, menghendaki orang itu untuk menzahirkan data komunikasi itu mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis.

(2)

Orang yang kepadanya notis secara bertulis diberikan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah menzahirkan data komunikasi itu mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(b)

tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan penzahiran data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kuasa yang sah.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Halangan

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 866

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(c)

enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang orang itu ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk diberikan;

(d)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan untuk diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau

(e)

memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita atau didapatkannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Kuasa tambahan

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disimpan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen, atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun, membuat salinan atau untuk mengambil cabutan daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini; dan

(c)

membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Keselamatan dalam Talian 57

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya seseorang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu tahu tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang itu terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mungkin akan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 866

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam penjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan atau tidak, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang pegawai diberi kuasa dan sama ada diterjemahkan kepadanya atau tidak oleh seorang pegawai lain atau orang lain, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai seorang saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan semasa pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

(2)

Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan—

(a)

jika pembuatan pernyataan itu pada hemat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seseorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk mengandaikan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kelebihan atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkenaan dengan prosiding terhadapnya; atau

(b)

dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan yang berikut atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan, sama ada sebagai jawapan kepada suatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.

Keselamatan dalam Talian 59

(3)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada kesempatan untuk memberikan amaran kepadanya tidak boleh menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia diberi amaran secepat yang dapat dilaksanakan selepas itu.

Pelucuthakan

(1)

Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan atau pelanggaran itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dikira atau disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh dua belas bulan dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat kepadanya sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 866

(4)

Seorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya memberikan notis secara bertulis kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.

(5)

Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (4),

Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu hendaklah, selepas siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan kes itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen bagi keputusan.

(6)

Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan saman itu telah disampaikan dengan wajar, Hakim Mahkamah

Sesyen itu hendaklah meneruskan pemeriksaan kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang berhak kepadanya.

Keselamatan dalam Talian 61

(7)

Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada

Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya mengikut cara sebagaimana yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini.

Bahagian IX

Jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa lain

Menteri boleh memberikan arahan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan perkiraan jalinan kerjasama antara Suruhanjaya dengan mana-mana pihak berkuasa lain di Malaysia atau di bidang kuasa asing, atau antara Suruhanjaya dengan mana-mana organisasi antarabangsa.

Semakan kehakiman

(1)

Seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya terjejas dengan sesuatu keputusan atau tindakan lain Menteri atau Suruhanjaya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lain itu.

(2)

Seseorang tidak boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu semakan kehakiman melainkan jika orang itu telah menghabiskan semua remedi lain terlebih dahulu yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 866

Kuasa untuk mengecualikan

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkan patut oleh Menteri untuk dikenakan, mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen atau kelas pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Pendakwaan

Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.

Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas

Keselamatan dalam Talian 63

kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu.

Pengkompaunan kesalahan

(1)

Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengerusi Suruhanjaya suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawarannya itu.

(3)

Tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 64

Akta 866

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pengerusi

Suruhanjaya, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengerusi Suruhanjaya.

(6)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengerusi Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Obligasi kerahsiaan

(1)

Kecuali bagi maksud Bahagian ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika dibenarkan oleh Menteri—

(a)

Pengerusi Jawatankuasa, mana-mana anggota lain

Jawatankuasa, Pengerusi Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian, Setiausaha kepada Tribunal

Rayuan Keselamatan dalam Talian atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian tidak boleh, semasa dia berkhidmat sebagai Pengerusi, anggota, Setiausaha atau pegawai sedemikian, menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada seorang pun orang lain yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Jawatankuasa atau Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Keselamatan dalam Talian 65

Pekhidmat awam

Pengerusi Jawatankuasa, setiap anggota lain Jawatankuasa,

Pengerusi Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, setiap anggota lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian semasa menunaikan kewajipannya sebagai Pengerusi, anggota, Setiausaha atau pegawai itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Jawatankuasa, Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, Pengerusi Jawatankuasa, mana-mana anggota lain

Jawatankuasa, Pengerusi Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian,

Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukannya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati

Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Jawatankuasa atau Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian;

(b)

Pengerusi Jawatankuasa atau mana-mana anggota lain

Jawatankuasa;

(c)

Pengerusi Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;

(d)

Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian; atau

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 866

(e)

mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Jawatankuasa atau Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan fungsinya dan dalam penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.

Perlindungan pegawai dan orang lain

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa seperti dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan yang hendak dicapai olehnya.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan kod

(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa kod bagi maksud pematuhan kewajipan di bawah Bahagian III oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen.

(3)

Setiap garis panduan dan kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Keselamatan dalam Talian 67

(4)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud pelaksanaan peruntukan

Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a)

untuk menetapkan sifat yang lain bagi ciri-ciri pesanan peribadi perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan;

(b)

untuk menetapkan tempoh bagi pengguna memperoleh apa-apa maklumat lain mengenai mekanisme berkenaan dengan keselamatan dalam talian yang tersedia dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen;

(c)

untuk menetapkan tempoh bagi penyediaan dan bentuk

Pelan Keselamatan dalam Talian dan maklumat yang perlu terkandung dalam Pelan Keselamatan dalam Talian;

(d)

untuk menetapkan tempoh bagi tindakan yang perlu diambil berkenaan dengan laporan mengenai kandungan memudaratkan yang dibuat kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau kepada Suruhanjaya;

(e)

untuk menetapkan tempoh bagi pengguna membuat pertanyaan berkenaan dengan laporan mengenai kandungan memudaratkan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau kepada Suruhanjaya dan bagi pemberitahuan keputusan berkenaan dengan pertanyaan itu;

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 866

(f)

untuk menetapkan tempoh bagi pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen menjadikan kandungan memudaratkan prioriti atau kandungan memudaratkan atau apa-apa kandungan lain dalam perkhidmatannya tidak dapat diakses atau dapat diakses oleh pengguna;

(g)

untuk menetapkan fi yang perlu dibayar di bawah

Akta ini, termasuk apa-apa fi pemprosesan;

(h)

untuk menetapkan bentuk aku janji yang diberikan kepada Suruhanjaya;

(i)

untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian termasuk—

(i)

tempoh dan cara bagi apa-apa rayuan kepada

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian oleh orang yang terkilan dengan suruhan bertulis, penentuan, arahan atau keputusan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Suruhanjaya;

(ii)

tatacara dan penjalanan pendengaran Tribunal

Rayuan Keselamatan dalam Talian;

(iii)

pendanaan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam

Talian;

(iv)

tatacara bagi pelantikan anggota Tribunal Rayuan

Keselamatan dalam Talian termasuk pelantikan mana-mana orang untuk bertindak sebagai mana-mana anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;

(v)

penggajian pegawai Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;

(j)

untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini.

Keselamatan dalam Talian 69

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda yang tidak melebihi satu juta ringgit.

Kuasa untuk meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua

(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan

Jadual Kedua.

(2)

Dalam memberikan syor di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah berunding dengan Jawatankuasa.

Kuasa untuk menyatakan bentuk dan cara pengemukaan

83. Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan, mengeluarkan atau memberikan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat, rekod, butir-butir atau dokumen, Suruhanjaya boleh menyatakan bahawa maklumat, rekod, butir-butir atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dikeluarkan atau diberikan dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Penyampaian atau pemberitahuan suruhan bertulis, dsb.

84. (1) Setiap suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan atau diberitahu kepada mana-mana orang boleh disampaikan atau diberitahu—

(a)

secara ke diri kepada orang itu;

(b)

dengan menghantar secara pos berdaftar kepada orang itu; atau

(c)

melalui penghantaran elektronik.

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 866

(2)

Suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain yang dihantar kepada seseorang secara pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu kepada orang itu pada masa ia sepatutnya disampaikan kepada orang itu dalam penjalanan pos biasa jika suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan—

(a)

dalam hal syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—

(i)

ke syarikat berdaftarnya;

(ii)

ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau

(iii)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan

(b)

dalam hal seseorang individu, ke alamatnya yang terakhir diketahui.

(3)

Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain disampaikan atau diberitahukan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu.

Jadual Pertama

[Seksyen 4]

KANDUNGAN MEMUDARATKAN

1. Kandungan mengenai bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan

Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]

2. Kandungan mengenai fraud kewangan

3. Kandungan lucah termasuk kandungan yang boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambaran yang memberahikan yang boleh menyinggung adab kesopanan dan kehormatan seseorang

Keselamatan dalam Talian 71

4. Kandungan sumbang termasuk kandungan yang bersifat tidak senonoh, tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan atau budaya yang diterima umum

5. Kandungan yang boleh menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan melalui perkataan atau komunikasi atau perbuatan mengugut, menghina atau mencela

6. Kandungan yang boleh mengapi-apikan keganasan atau terorisme

7. Kandungan yang boleh mendorong seseorang kanak-kanak untuk menyebabkan kemudaratan kepada dirinya

8. Kandungan yang boleh mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam amnya atau boleh mengganggu ketenangan orang awam

9. Kandungan yang menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah berbahaya

Nota:

(a)

Bagi maksud perenggan 2, kandungan yang mengalakkan kesedaran atau pendidikan yang berhubungan dengan fraud kewangan bukan merupakan kandungan mengenai fraud kewangan

(b)

Bagi maksud perenggan 3 dan 4, kandungan yang memaparkan alat sulit bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan bukan merupakan kandungan lucah atau sumbang

(c)

Bagi maksud perenggan 9, kandungan yang mengalakkan kesedaran atau pendidikan yang berhubungan dengan penyalahgunaan dadah bukan merupakan kandungan yang menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah berbahaya

Jadual Kedua

[Seksyen 4]

KANDUNGAN MEMUDARATKAN PRIORITI

“Kandungan memudaratkan prioriti” ertinya kandungan yang disebut dalam perenggan 1 dan 2 Jadual Pertama.

Common questions

What is Akta Keselamatan dalam Talian 2025?
Akta Keselamatan dalam Talian 2025 is Malaysia Act, cited as Act 866 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Keselamatan dalam Talian 2025 still in force?
Yes — Akta Keselamatan dalam Talian 2025 is currently in force.
When did Akta Keselamatan dalam Talian 2025 take effect?
Akta Keselamatan dalam Talian 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Keselamatan dalam Talian 2025 have?
Akta Keselamatan dalam Talian 2025 contains 82 sections.
Where can I read the official version of Akta Keselamatan dalam Talian 2025?
The official text of Akta Keselamatan dalam Talian 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.