Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian II · Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
28. Kerahsiaan
Feedback & supportProsiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, dan mana-mana anggota Majlis, apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.