Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
29. Nama jalan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan boleh menetapkan nama dengan mana sesuatu jalan hendak dikenali dan boleh mengubah nama mana-mana jalan atau mana-mana bahagian daripada suatu jalan.
Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya nama mana-mana jalan dicat, atau dengan cara lain ditandakan, di sesuatu tempat yang mudah dilihat, pada sesuatu rumah, bangunan atau binaan pada atau dekat dengan jalan itu dan dari semasa ke semasa mengubah atau membaharui tulisan nama mana-mana jalan, jika nama jalan itu diubah atau tulisan itu menjadi tidak boleh dibaca.
Mana-mana orang yang membinasakan, meruntuhkan, mencacatkan, menutup atau menyembunyikan mana-mana tulisan nama sesuatu jalan yang telah dipasang dengan sah di sisi undang-undang, atau memasang di mana-mana jalan apa-apa nama lain yang berlainan daripada nama yang telah diberi dengan sah di sisi undang-
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
undang kepada jalan itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII