Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

256. Pemeriksaan orang yang tahu mengenai kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dijangka tahu mengenai fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berkaitan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mungkin akan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memperoleh maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau

Komunikasi dan Multimedia 145

ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules