Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
, jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara disita di bawah seksyen 247 atau 248, pegawai yang menyita hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan secara serta-merta menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis itu.
Jika premis itu tidak diduduki, pegawai yang menyita hendaklah apabila mungkin menampalkan dengan ketara di premis itu suatu senarai benda yang disita.
Bahagian XI