Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
252. Kuasa untuk memintas komunikasi
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa mana-mana komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan bagi maksud mana-mana penyiasatan mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh, atas permohonan seorang pegawai diberi kuasa atau seorang pegawai polis berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, memberi kuasa pegawai itu untuk memintas atau untuk mendengar mana-mana komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana alat komunikasi.
Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai diberi kuasa atau seorang pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen
boleh diberikan secara lisan atau bertulis; tetapi jika suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis.
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa atau seorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah diberi
Komunikasi dan Multimedia 143
kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian, dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
Tiada seorang pun mempunyai mana-mana tugas, kewajipan atau tanggungan, atau boleh dengan apa-apa cara dipaksa, untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).
Bahagian XI