Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pemegang lesen hendaklah dengan sedaya upayanya mencegah kemudahan rangkaian yang dipunyai atau diberikan olehnya atau perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang diberikan olehnya daripada digunakan dalam, atau berhubung dengan, pelakuan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
Malaysia.
Komunikasi dan Multimedia 149
Seorang pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan pemeliharaan pertahanan negara.
Bahagian XI