Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian X

251. Pelepasan benda yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, seorang pegawai polis yang ditentukan, selain pegawai polis yang membuat penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu sebelum benda itu dilucuthakkan di bawah Akta ini melepaskan benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada benda itu jika dia berpuas hati bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak diperlukan selainnya

142

Undang-Undang Malaysia

bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan jika ini berlaku baik pegawai yang menjalankan penyitaan itu mahupun pihak Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan tidaklah boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang membuat pelepasan mana-mana benda di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules