Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Perceraian

59. Kuasa mahkamah terhadap tuntutan ganti rugi kerana perzinaan

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh mengaward ganti rugi terhadap seseorang responden bersama walaupun petisyen yang dibuat terhadap responden itu ditolak atau ditangguhkan.

(2)

Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila mengaward ganti rugi, mengarahkan supaya ganti rugi itu atau apa-apa bahagiannya,

50

Undang-Undang Malaysia diletak hak kepada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar pendapatan atau modal untuk faedah anak-anak yang belum dewasa, jika ada, dari perkahwinan itu atau, jika pempetisyen dikehendaki membayar nafkah kepada responden, bagi atau untuk pembayaran nafkah itu, dan tertakluk padanya sebagai amanah bagi pempetisyen itu.

(3)

Apabila dalam sesuatu petisyen yang dikemukakan oleh seseorang suami, perzinaan yang dikatakan itu telah dibuktikan terhadap responden bersama, mahkamah boleh memerintahkan responden bersama itu membayar kesemua atau mana-mana bahagian daripada kos prosiding itu; dengan syarat bahawa tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat jika responden pada masa perzinaan itu tinggal berasingan daripada suaminya dan hidup sebagai seorang pelacur atau jika responden bersama itu pada masa perzinaan itu tidak ada sebab bagi mempercayai responden itu sebagai seorang perempuan yang berkahwin.

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules