Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian VI · Perceraian

54. Bukti mengenai kepecahbelahan

Feedback & support

In plain English

Breakdown is judged by one or more facts: adultery the petitioner finds intolerable, behaviour making life together unreasonable, desertion, or living apart. Desertion or living apart must be continuous for at least two years right before the petition. The court weighs all the circumstances, including conduct and any children's interests. It dismisses the petition if divorce would be wrong.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Dalam penyiasatannya berkenaan dengan fakta dan hal keadaan yang dikatakan sebagai menyebabkan atau membawa kepada kepecahbelahan perkahwinan itu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada satu atau lebih daripada fakta yang berikut, iaitu:

(a)

bahawa responden telah melakukan zina dan pempetisyen tidak tertahan untuk tinggal bersama responden;

(b)

bahawa responden telah bertingkah laku secara yang menyebabkan pempetisyen tidak boleh dijangka dengan munasabah akan dapat tinggal bersama responden;

(c)

bahawa responden telah meninggal langsung pempetisyen selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu;

(d)

bahawa pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu.

(2)

Pada menimbangkan sama ada adil dan munasabah untuk membuat sesuatu dekri, mahkamah hendaklah menimbangkan segala

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 47

hal keadaan, termasuk kelakuan pihak-pihak itu dan bagaimana kepentingan seseorang anak atau anak-anak dari perkahwinan itu atau kepentingan salah satu pihak itu mungkin terjejas jika perkahwinan itu dibubarkan dan mahkamah boleh membuat suatu dekri nisi tertakluk pada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dikenakan tetapi jika sekiranya mahkamah berpendapat memandang kepada segala hal keadaan bahawa adalah salah jika perkahwinan itu dibubarkan, maka ia hendaklah menolak petisyen itu.

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules