Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
57. Kandungan petisyen perceraian
Feedback & supportTiap-tiap petisyen untuk perceraian hendaklah mengandungi—
butir-butir mengenai perkahwinan antara pihak-pihak dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, dari perkahwinan itu;
butir-butir mengenai fakta yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah;
butir-butir mengenai sesuatu prosiding perkahwinan yang terdahulu antara pihak-pihak;
suatu pernyataan mengenai pengataan utama yang hendak dibuktikan sebagai keterangan mengenai kepecahbelahan perkahwinan;
terma mana-mana perjanjian berkenaan dengan nafkah bagi isteri atau pihak tanggungan dan anak-anak, jika ada, dari perkahwinan itu, atau pembahagian apa-apa aset yang telah diperoleh melalui usaha bersama pihak-pihak itu atau usaha tunggal satu pihak, atau jika tiada sesuatu perjanjian telah tercapai, cadangan pempetisyen; dan
butir-butir mengenai relief yang diminta.
Tiap-tiap petisyen untuk perceraian hendaklah menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi melaksanakan sesuatu perdamaian.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 49