Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Perceraian

58. Ganti rugi kerana perzinaan boleh dituntut terhadap responden bersama

Feedback & support
(1)

Atas sesuatu petisyen untuk perceraian dalam mana perzinaan adalah dikatakan, atau dalam jawapan sesuatu pihak kepada perkahwinan yang memohon perceraian dan mengatakan perzinaan, pihak itu hendaklah menjadikan penzina lelaki atau penzina perempuan yang dikatakan itu responden bersama, melainkan jika dibenarkan oleh mahkamah atas alasan yang khas supaya dia tidak dijadikan sedemikian.

(2)

Sesuatu petisyen di bawah subseksyen (1) boleh termasuk sesuatu permohonan supaya responden bersama itu dihukum membayar ganti rugi berkenaan dengan perzinaan yang dikatakan itu.

(3)

Apabila ganti rugi telah dituntut terhadap seseorang responden bersama—

(a)

jika, selepas keterangan bagi pempetisyen itu ditutup, mahkamah berpendapat bahawa tidak ada keterangan yang cukup terhadap responden bersama itu untuk mewajarkan dia dikehendaki menjawab, maka responden bersama itu boleh dilepaskan daripada prosiding itu; atau

(b)

jika, pada masa pendengaran ditutup, mahkamah berpuas hati bahawa perzinaan antara responden dan responden bersama itu telah dibuktikan, mahkamah boleh mengaward pempetisyen apa-apa ganti rugi yang difikirkannya patut, tetapi walau bagaimanapun award itu tidak boleh termasuk apa-apa unsur pentauladanan atau seksaan.

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules