Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Perceraian

71. Section 71

Feedback & support
(1)

Mahkamah tidak boleh memberi suatu dekri pembatalan atas mana-mana daripada alasan yang disebutkan dalam seksyen 70 jika responden memuaskan hati mahkamah—

(a)

bahawa pempetisyen, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu dibatalkan, telah bertingkah laku terhadap responden secara yang boleh menyebabkan responden mempercayai dengan munasabah bahawa dia tidak akan berbuat demikian; dan

(b)

bahawa adalah tidak adil kepada responden jika dekri itu diberi.

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), mahkamah tidak boleh memberi suatu dekri pembatalan atas alasan yang disebutkan dalam perenggan 70(e) atau (f) melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa pempetisyen tidak tahu pada masa perkahwinan itu mengenai fakta yang dikatakan itu.

(3)

Subseksyen

(1)

adalah menggantikan, berhubungan dengan alasan yang disebutkan dalam seksyen 70, mana-mana kaedah-kaedah undang-undang yang membolehkan sesuatu dekri tidak diberi oleh sebab keizinan, ratifikasi atau tiadanya ketulusan di pihak pempetisyen atau atas alasan yang seumpamanya.

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 57

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules