Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
70. Alasan perkahwinan boleh batal
Feedback & supportSesuatu perkahwinan yang berlaku selepas tarikh yang ditetapkan boleh menjadi tidak sah hanya atas alasan yang berikut sahaja, iaitu:
bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana ketidakupayaan salah satu pihak untuk melakukannya;
bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana responden dengan sengaja enggan melakukannya;
bahawa salah satu pihak kepada perkahwinan itu tidak memberi persetujuan dengan sah terhadap perkahwinan itu sama ada disebabkan oleh desakan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau selainnya;
bahawa pada masa perkahwinan itu salah satu pihak, walaupun berkebolehan memberi persetujuan yang sah, ialah (sama ada berterusan atau berselangan)
seorang yang bercelaru mental mengikut pengertian
*Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31 tahun 1952]
*CATATAN—Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31 tahun 1952] telah dimansuhkan oleh
Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] m.b.p 15 Jun 2010–lihat seksyen 93 Akta 615 dan
P.U.
269/2010.
56
Undang-Undang Malaysia dari sesuatu jenis atau hingga sesuatu takat yang menjadikannya tidak layak berkahwin;
bahawa pada masa perkahwinan itu responden sedang menghidapi penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
bahawa pada masa perkahwinan itu responden telah dihamilkan oleh seseorang yang lain daripada pempetisyen.
Penghalang terhadap relief jika perkahwinan adalah boleh batal